Assalam buat freundin (teman) blogger yg ersehen (see) my blog... TQ... Date harini Dalam sejarah ...
Today story nak kongsi tentang "HIKMAH WUDHU"
ULAMA FEQAH menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha
untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang
dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut,
dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing
termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus
dibasuh.
ULAMA TASAUF menjelaskan hikmah wudhu dengan
menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah
yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba,
dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di
bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut
kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain.
Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini,
apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung
ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya,
anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling
berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota
wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan
sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam
hadis riwayat
Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa
yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya,
sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama
MELARANG
mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu
dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air
wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di
dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum,
syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan
secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan
wudhunya.
Yang
paling penting dari wudhu ialah kekuatan
simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang
‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan,
seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara
spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi
dengan wudhu.
Kesimpulan :: Wuduk yang sempurna akan
mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Wallahu’alam….
{{{ I LOVE ISLAM}}}